Sunday, December 7, 2014

FOTOGRAMETRI-PERUBATAN DAN BIOLOGI

Salam 1 Malaysia........
Kali nie kami masih nak terangkan lagi pasal kegunaan fotogrametri tapi kami nak fokus kepada bidang biologi... Kalau anda semua nak tau aplikasi fotogrametri dalam perubatan dan biologi adalah dalam ukuran morfologi menggunakan permukaan 3D iaitu menganalisis dan mengesan skoliosis, bentuk kaki dan kecacatan lain...
Contoh 1: Scan Tengkorak Haiwan Mamalia
Projek ini telah dicipta oleh Joan Wester. Ia mempunyai 16 foto dan 8 titik. Model yang terhasil mempunyai 21,000 titik 3D. Imej ini adalah dari skrin Pengimbas PhotoModeler yang menunjukkan titik 3D, model 3D bagi permukaan tengkorak tersebut dan 2 daripada 16 foto yang diambil...


Di bawah ini pula adalah animasi titik 3D Model yang telah dicipta dan dieksport sepenuhnya oleh Pengimbas PhotoModeler. [Perhatikan bahawa dalam animasi ini hanya titik 3D diberikan dan tidak ada permukaan yang kelihatan maka rupanya berkilau]...


Contoh 2: Scan Tulang Belakang Manusia
Dalam projek ini empat kamera telah digunakan untuk menangkap kembali gambar pesakit bersama-sama dengan beberapa sasaran berkod. Ia adalah sangat penting untuk menggunakan kamera disegerakkan(synchronized) dengan subjek yang bergerak.


Animasi ini menunjukkan struktur tulang belakang pesakit tadi..

SEKIAN TERIMA KASIH,,,,


SUMBER: http://www.photomodeler.com/applications/biology/default.html