Hai hai
haiii...
selamat pagi semua...waktu
sekarang menunjukkan jam 11.53 am. so pagi lagi bagi student macam kitorang
nie..tambah2 lagi hari nie no class... Yeayyyyy !!! ehhh menipu laa pulak. kul
2 nanti kitorang ade perjumpaan. lab foto. arghhhh foto lagi! assignment blog
nie pon jarang nak update ade pulak satu keje lagi. so dari buang masa buat air
liur basi je baik update blog kan. walaupon sangat noob, sangat tak pandai nak
berpuitis berprosa kering kat sini, hentam je laa kan.
okay,
sebelum nie ktorang dah bagitau pasal apa itu FOTOGRAMETRI, JENIS FOTO,
KEGUNAAN FOTOGRAMETRI kann. hari nie nak cakap pasal the most fundamental
device in photogrammetry. maksudnya kamera yang biasa orang
pakai mase nak buat
kerja2 fotogramm nie.
terdapat dua jenis kamera :
- METRIC CAMERA
- NON METRIC CAMERA
Fotogrametri boleh dilaksanakan dengan menggunakan metric camera dan non-metric camera seperti kamera 35mm, kamera digital, kamera CCD (Charge Couple Device) dan kamera video analog. Disamping itu secara umum, perlaksanaan fotogrametri melibatkan tiga peringkat yang penting iaitu data input, pemprosesan data dan data output.
Cara yang paling mudah untuk bezakan dua jenis camera ini adalah dengan penentuan FIDUAL MARKS.
jumlah FIDUAL MARKS yang dibenarkan biasanya adalah 4 dan 8 sahaja.
sumber : https://www.google.com/search q=fiducial+marks&newwindow=1&espv=2&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=YEB0VNzPOISUuASC2oD4Cg&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1366
METRIC CAMERA
Metric camera telah digunakan secara meluas dalam bidang fotogrametri. Kebiasaannya metric camera banyak digunakan untuk kerja-kerja pemetaan udara. Selain itu, kerja-kerja perindustrian yang lain juga banyak menggunakan kamera jenis ini. Penggunaan metric camera ini boleh menghasilkan pengukuran yang jitu dan tepat untuk menentukan relative locations of points yang terhasil dari gambar yang diambil seperti jarak, sudut, luas, isipadu, ketinggian dan sebagainya.
NON-METRIC CAMERA
Non-metric camera digunakan untuk mengambil fotograf yang terdapat di bumi dan bukannya di udara. Kebiasaanya, juru gambar atau photographer yang berprofessional dan amatur sahaja menggunakannya. Dalam erti kata lain, kamera yang kita selalu gunakan sekarang seperi Nikon, Canon, Sony dan lain-lain lagi adalah dikategorikan sebagai non-metric camera. Non-metric camera ini tidak mempunyai fiducial marks dan ianya adalah kurang stabil berbanding metric camera.
that’s all for today. Nanti
ade mase kitorang update lagi.
Thanks J
No comments:
Post a Comment