Monday, November 17, 2014

Kegunaan Fotogrametri

SALAM SEJAHTERA...! Apa khabar semua..??? Harap semua sihat walafiat yer.. Sebelum ini kami dah post apa itu fotogrametri kan.. So yang dah lupa tu tolong baca balik yer.. Nanti lepas nie kami nak masuk lebih mendalam lagi tentang nie jadi memang garu kepala lah kalau tak faham lgi tentang konsep fotogrametri nie!!!

Semua yang baca blog nie mesti tertanya-tanya apa guna fotogrametri nie di Malaysia kan.. Dalam post yang lepas kami dah kongsikan serba sedikit tentang kegunaan fotogrametri nie.. Kali nie kami just nak tambah kegunaannya... Nanti jangan terkejut pulak baca benda nie.. Antaranya ialah:
  • Pemetaan topografi
  • Pembinaan titik kawalan di atas muka bumi
  • Pembuatan peta-peta lain iaitu peta pembinaan jalan raya, jalan kereta api, jambatan, jaringan paip, jaringan telekomunikasi, pelabuhan, projek pembaharuan kota dan sebagainya.
  • Pembuatan peta am secara kasar untuk menggambarkan  batas pemilikan tanah yang ada. Foto udara merupakan hasil imej muka bumi tanpa memiliki informasi tentang koordinat geografi.
  • Merancang kerja survey untuk pembinaan pencawang elektrik
  • Bidang astronomi, arkitek, perubatan dan sukan
  • Aplikasi untuk sumber alam meliputi bidang:

     1. Pertanian
  • Dengan menggunakan foto udara kita dapat anggarkan produksi suatu tanaman, analisis kerugian akibat serangga perosak, analisis terhadap sistem pertanian, kesesuaian dan kemampuan tanah tersebut dan aplikasi-aplikasi lain.


      2. Hidrologi
  • Untuk analisis kelemahan kawasan yang sering berlaku banjir, pemetaan kelembapan tanah dan pola saliran.


       3. Geologi
  • Foto udara juga digunakan sebagai analisis untuk pemetaan struktur, analisis bentuk tanah dan pemetaan geologi.


        4. Perubahan fungsi tanah
  • Untuk mengetahui perubahan fungsi tanah dengan menggunakan dua foto udara yang berbeza waktu rakamannya.


        5. Kehutanan
  • Foto udara untuk aplikasi kehutanan contohnya untuk pemetaan clear cutting, penebangan hutan, identifikasi jenis pokok, pemetaan kebakaran hutan dan anggaran produksi tanaman hutan.
         
SUMBER INTERNET:(http://dee-jieta.blogspot.com/2013/06/kegunaaan                  fotogrametri.html)

Setakat ini sahaja yang dapat kami kongsikan dalam post ini... Sekian Terima Kasih...!

Nanti kita jumpa lagi dalam perbincangan yang lain...








No comments:

Post a Comment