Saturday, November 22, 2014

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN FOTOGRAMETRI

Salam Sejahtera Semua...!!!
Post kali nie, kami nak share pasal kelebihan dan kekurangan FOTOGRAMETRI jer. Semua benda yang dicipta oleh tuhan dalam dunia ini tidak sempurna maka apatah lagi barang yang dicipta oleh manusia. Maka, kami just nak bincangkan beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam FOTOGRAMETRI ini.

 Antara kelebihan fotogrametri adalah:
  1. Pengumpulan data melalui cara fotogrametri memudahkan teknik-teknik pengumpulan data-data berdigit, storan,penemuan dan paparan.
  2. Fotograf merupakan ruang penstoran data di mana lebih luas kandungannya dari buku.
  3. Sesuai untuk pemonitoran perubahan yang pesat di atas permukaan bumi kerana fotograf mampu merekodkan sesuatu keadaan di atas permukaan bumi seperti yang terdapat pada sesuatu ketika.
  4. Proses pengukuran boleh dilakukan tanpa mengira masa dan keadaan cuaca kerana ia dilakukan di atas fotograf.
  5. Ia tidak akan mengalami kesukaran seperti yang berlaku dalam operasi ukur tanah di mana kerap terdapat bentuk muka bumi yang tidak rata dan mempunyai banyak halangan.


Antara kelemahan dalam fotogrametri adalah:
  1. Untuk kerja luar yang kecil tidak sesuai digunakan dari segi ekonomi.
  2. Keputusan pengukuran tidak dapat diperolehi dengan segera kerana memerlukan masa untuk memproses data yang diperolehi.
  3. Fotogrametri tidak 100% lengkap kerana data-data kawalan dari kerja-kerja ukur di atas permukaan bumi perlu dilakukan.
  4. Peralatan fotogrametri seperti plot stero dan komputer adalah mahal.
       SUMBER: (ISMAIL BIN MUHAMMAD, APRIL 2010)


SEKIAN TERIMA KASIH....

1 comment: