Pertama dan selamanya marilah kita merafa'kan kesyukuran kepada Allah di atas pemberian nikmat yang tidak terhingga kepada kita.
Untuk 'entry' pertama ini,kami ingin memberitahu bahawa blog ini ditubuhkan untuk kami semua berkongsi ilmu dengan para pembaca sekalian. Insha Allah kami akan berkongsi ilmu berkaitan dengan fotogrammetri. Tahu tak apa itu fotogrammetri? haha mesti macam terpinga-pinga je kan. Okeylah macam ni, sebelum kita pergi lebih jauh biar kami beritahu apa kaitan fotogrammetri ini dengan kos yang kami semua sedang ambil. Sebenarnya fotogrammetri ini merupakan salah satu subjek wajib yang diambil oleh para pelajar kejuruteraan geomatik dan kami semua merupakan pelajar jurusan geomatik ini. Apa? tak tahu apa itu kejuruteraan geomatik? Takpa2 jangan risau,sebenarnya Kejuruteraan Geomatik ini dahulunya lebih dikenali dengan ukur tanah. Alaaa ukur tanah yang selalu kita nampak org dok teropong2 tepi jalan tuu..haaa macam tu laa ceritanyaa..
Okey kita masuk balik bab fotogrammetri. Jika dilihat pada istilah fotogrammetri itu sendiri kita boleh agak apa itu fotogrammetri kan? jadi fotogrammetri dengan foto amatlah berkait rapat antara satu sama lain. Dalam bidang fotogrammetri ini ia lebih menjurus kepada penangkapan gambar sesuatu kawasan dari udara mahupun dari daratan. Contoh adalah seperti di bawah.
Gambar ihsan daripada pakcik google:) |
Fuhhhh! letih dah menaip haha.Sebelum kami mengundurkan diri kami sajikan video daripada youtube untuk ditontonkan kepada anda semuaaaa:)
Diharapkan anda semua 'enjoy'!!
sehingga berjumpa lagi,wallahualam. Assalamualaikum:)
No comments:
Post a Comment