Saturday, November 15, 2014

JENIS FOTO



Bismillahirrahmanirrahim.


Asalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Ok. Kali ni kita nak cerita pasal jenis-jenis foto yang berkaitan dengan bidang Fotogrammetri. Foto boleh dibahagikan atau dikelaskan mengikut ciri dan spesifikasi pada foto tersebut. Antaranya :




1. Berdasarkan Platform
  •  Foto Udara
Gambar yang merupakan hasil rakaman permukaan bumi dari udara menggunakan pesawat atau kapal terbang sebagai platformnya dan kamera udara sebagai sensornya. Gambar yang dicerap seperti keadaan sebenarnya (pictorial).  Pada umumnya mempunyai skala 1 : 10.000 1 : 100.000.
  • Foto Satelit
Gambar yang merupakan hasil rakaman sebahagian permukaan bumi menggunakan satelit sebagai platformnya.  Hasil rakaman ini biasanya dalam bentuk data digital yang disimpan dalam CD-ROM dengan skala 1 : 500.000, 1 : 1.000.000, Citra SPOT  dapat dilihat secara tiga dimensi, biasanya dengan skala 1 : 50.000.


2. Berdasarkan Sudut Foto

  •  Foto Udara Tegak
Foto udara hasil rakaman kamera dengan kedudukan kamera tegak (mendekati) atau sudut yang dibentuk oleh  kamera dengan garis tegak lebih kecil atau sama dengan 3º (tiga darjah).  Jika secara tidak sengaja sudut kamera lebih 3º disebut foto udara TILT.

  • Foto Udara Mendatar
Foto udara hasil rakaman kamera udara dengan posisi lensa yang mendatar, dapat dibagi menjadi :
a.  Foto udara mendatar tinggi iaitu apabila hasil rakaman gambar,  tampak horizon bumi.
b.  Foto udara mendatar rendah iaitu apabila hasil rakaman gambar,horizon bumi tidak tampak.

3. Berdasarkan Ukuran Potret Ukuran Standard
  •  9 x 9 inchi²          (22,7 cm x 22,7 cm)
  •  7 x 7 inchi²          (17,6 cm x 17,6 cm)
  •  5,5 x 5,5 inchi²      (13,9 cm x 13,9 cm)
  •  7 x 9 inchi²          (17,6 cm x 22,7 cm)
  •  9 x 18 inchi²         (22,7 cm x 45,4 cm)

4. Berdasarkan Kamera
  • Normal Angle iaitu apabila sudut maksima < 75º. Fokus lensa yang digunakan antara 200 mm – 300 mm.
  • Wide Angle iaitu apabila sudut maksima 75º - 100º. Fokus lensa yang digunakan antara 100 mm – 200 mm.
  •  Ultra Wide/Super Wide Angle iaitu apabila sudut maksima 100º - 300º. Fokus lensa sekitar 70 mm – 100 mm.

5. Berdasarkan Warna

Berdasarkan sudut maksima yang dibentuk oleh bahagian luar garis perspektif lensa kamera yang digunakan untuk merakam gambar (Moffit, 1967, Lillesand and Kiefer, 1969) dibagi menjadi :
  •  Hitam Putih
Foto yang terhasil mempunyai ton warna dari hitam sampai putih.
a. Yang menggunakan filem pankromatik yang peka terhadap spektrum      ultra violet dan sinar tampak.
b. Yang menggunakan filem infra merah, selain peka terhadap ultra      violet dan sinar tampak, juga peka terhadap pembalikan infrared.
  •  Berwarna
a. Warna asrli iaitu warna yang sesuai dengan warna objek.
b. Warna palsu iaitu warna objek di potret yang tidak sama dengan warna sebenarnya dari objek yang terlibat.









Sekian, Terima Kasih =)




No comments:

Post a Comment