Sunday, November 16, 2014

Haii semua kita bertemu kembali :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haa disebabkan kami terlalu sibuk dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan, sampai takde masa nak update blog ni hehe. Maklumlah nama pun student, student mana yang tak sibuk kan? Masa cuti pun sibuk juga, sibuk tidur kehkehkeh.

Ok berbalik pada FOTOGRAMETRI. Post sebelum ni ada menerangkan serba sedikit tentang fotogrametri ni. Tapi kita masih tak tahu kegunaannya untuk apa bukan? Betul tak kawan-kawan? Kalau betul cuba angguk kepala sikit. 


Baiklah, post kali ini Insyaallah kita akan tahu tentang kegunaan fotogrametri ni. Nama FOTOGRAMETRI ni macam hebat bukan? Tapi apa kegunaannya? Adakah sehebat namanya? Adakah orang yang melakukan kerja-kerja ini hebat-hebat belaka? Ok kita tengok..



 
Haa nampak tak apa yang kat atas ni? Tak payah sampai berkerut-kerut dahi tu nak fikir apa dia yang kat atas ni. Inilah yang di namakan PETA. Jadi mana datangnya peta ni? Kalau cik-cik semua nak tahu inilah hasil dari fotogrametri. Jadi, berbalik kepada soalan tadi, apakah kegunaan fotogrametri? Jawapannya ialah untuk menghasilkan peta sesuatu kawasan. Bayangkan kalau dekat dunia ni takde peta, susah tak kita ? susah tak untuk Engineer untuk design jalan raya? susah tak untuk kita tahu sampai mana sempadan negeri kita dan sempadan negara kita? susah tak untuk bag packing traveller untuk bergerak ke sana sini? Susah tak untuk perancang bandar untuk merancang pembangunan negara? Susah tak kita nak pergi kenduri rumah orang kahwin kalau takda plan ke rumahnya? Haa nampak tak yang sebenarnya semua golongan menggunakan peta secara langsung atau tidak langsung. Jadi berterima kasih lah kepada yang terlibat dalam penghasilan peta. Tidak kira lah peta kawasan mana sekali pun, yang penting mereka inilah yang telah memudahkan kita dalam urusan kerja.

Baiklah, terdapat dua cara dalam fotogrametri iaitu Terrestrial Photogrammetry dan Aerial Photogrammetry. Secara umumnya, Terrestrial Photogrametry ini merupakan satu cara yang dilakukan di darat dengan mengambil butiran-butiran yang terdapat disesuatu kawasan. Sebagai contoh bangunan, rangkaian jalan raya, jambatan dan sebagainya. Kerja ini dilakukan oleh Jurukur Tanah. 

 
Terrestrial Survey

Seterunya ialah dengan cara Aerial Photogrammetry. Bagaimana caranya? Caranya adalah dengan mengambil foto dari udara sebagai data mentah untuk diproses dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk peta. Jadi, macam mana nak ambil foto udara ni? Mintak tolong Superman ke? Mintak tolong Ironman ke? Ikat camera kat burung helang ke? Hahaha tidak sama sekali. Caranya adalah dengan menaiki pesawat dan merakam gambar semasa penerbangan dengan ketinggian tertentu dan menggunakan alatan yang khas.



 
Secara Aerial Photogrammetry

Contoh foto udara yang dirakam semasa kerja-kerja fotogrametri. Ini juga adalah data mentah atau raw data sebelum terhasilnya peta.
Jadi, dengan gambar di atas kita dapat lihat bagaimana kerja fotogrametri ini secara umum. Sampai di sini sahaja entry kali ini. Saya cuma berkongsi tentang fotogrametri secara umum sahaja. Untuk lebih pendekatan dalam fotogrametri ini, Insyaallah akan ditulis pada entry yang akan datang. Semoga entry kali ini bermanfaat kepada semua. Salam!

No comments:

Post a Comment