Ok serious talk, entry pada kali ini akan menceritakan tentang Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan kegunaanya. Sophisticated gitu,hehe… Jangan risau selepas membaca entri ini, mudah-mudahan anda akan dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai UAV.
Apa itu UAV? UAV adalah sebuah kenderaan udara tanpa pemandu ataupun boleh juga dikenali sebagai drone. Ia tidak memerlukan juruterbang berada di atas pesawat tersebut untuk mengendalikannya. Terdapat 2 jenis UAV satu ialah UAV yang dikawal oleh sistem computer dan satu ialah UAV yang dikawal oleh alat kawalan jauh(RC Airplane). Canggih betul teknologi zaman sekarang ni,ish3…
UAV secara umumnya boleh dikategorikan mengikut tempoh penerbangan (endurance), kelajuan, ketinggian dan kemampuan saiz berat muatan. HALE UAV (high altitude Long Endurance) kebanyakan digunakan bagi tujuan kajian saintifik yang dapat terbang melewati 30,000 kaki dan ada yang sampai ke lapisan atmostfera. Mid Range UAV, mampu terbang melepasi 3 jam dan setinggi melebihi 10,000 kaki. Makro UAV pula adalah UAV yang hanya mampu terbang kurang 1 jam dan mempunyai factor muatan yang terhad.
Kegunaan UAV:
I. Kajian cuaca dan alam sekitar
II. Pengawasan sempadan
III. Kajian dan pemantauan pertanian
IV. Pemantauan Perhutanan
V. Pemantauan dan penyelengaraan industri minyak dan gas
VI. Pemantauan lalu lintas
VII. Bencana alam
VIII. Pemantauan guna tanah dan pembangunan projek
IX. Pengangkutan barangan terhad
SUMBER: (AKHBAR KOSMO)
Rajah: Contoh UAV (Sumber: Google Image) |
(Sumber: Youtube)
No comments:
Post a Comment